Friday, December 30, 2011

::: MENGGAPAI KEBAHAGIAAN :::

♥ بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥


(◕‿♥)  Kebahagiaan Ada Pada Diri Anda (◕‿♥)




Jika kebahagia itu ada pada diri kita, maka mengapa harus jauh-jauh mencarinya, kerana setiap manusia punya kekuatan dan potensi bahagia, tetapi kebanyakan mereka tidak mahu melihatnya. Sebabnya adalah karena dia tidak pernah memperhatikan diri sendiri, tetapi sibuk melihat orang lain.

Kebahagiaan terkadang ada di depan mata, tetapi kita tidak mengetahuinya, sehingga kita mencarinya lagi kepada yang lebih jauh dan semakin jauh. (Khalif Muttaqin)


(◕‿♥) Ringankan Derita (◕‿♥)





Orang hidup pasti mengalami musibah dan derita, namun tak selayaknya musibah itu disikapi sebagai akhir dari segalanya, dan jangan beranggapan bahawa hanya dirinyalah yang menda-patkan ujian hidup. Bahkan selayaknya dia memperingan musibah dan tidak terlalu membesar-besarkannya.

:::: WASSALAM:::::

ALHAMDULLILAH

Thursday, December 22, 2011

::: SUKA DIA :::

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan




Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

"Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

 
“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

 p/s : I'll wait until we can build our life together forever........

Wednesday, December 14, 2011

::: HANYA KAMU :::

::: ASSALAMUALAIKUM :::

Puisi Cinta :
ini telah ditulis oleh Muzfirah Marha sebagai Guest Author di Tentang Cinta.


Maafkan saya kerana terpaksa memendam rasa ini.
Kamu tahu,
Ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
Tapi saya harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini.

Kamu,
kadang-kadang saya rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura.
Kamu tahu,
Ianya amat sukar untuk tersenyum seolah-olah saya redha dengan semuanya.
Tetapi saya harus terus melawan rasa yang ada dihati ini.

Saya bukan yang sempurna.
Saya juga bukan yang menjadi pilihan utama.
Tapi kamu, saya akan sentiasa ada untuk memastikan kamu bahagia.
Biarpun kehadiran serta kewujudan saya tidak nampak di mata kamu.
Tapi saya senang andai kamu bisa terus tersenyum.

Kamu,
Saya tidak suka melihat kerutan di dahi kamu
Serius, ianya tidak sesuai untuk kamu.
Saya akan runsing bila kamu jadi begitu.
Seandainya saya bisa memberikan senyuman saya di wajah kamu.

Kamu,
Saya harap saya dapat menemui seseorang yang akan buatkan saya lupa tentang kamu.
Kerana kamu juga dah ada pengganti dia.
Saya senang bila kamu boleh kembali tersenyum,
Biarpun yang menjadi punca senyuman kamu adalah seseorang yang lain.
Saya faham dan memahami kenapa kamu memilih dia.
Kerana kehadiran dia lebih bermakna pada kamu.
Seperti kamu menyayangi dia, seperti saya menyayangi kamu.
Bezanya, dia juga menyayangi kamu.
Tapi saya, hanya saya, diri saya, dunia saya.
Yang menyayangi kamu.
Tidak di dunia kamu.

Saya sedih sangat kamu.
Tapi saya tak boleh turutkan hati saya untuk terus bersedih.
Saya kena faham.
Dan saya kena teruskan melangkah agar saya tak terus memikirkan bahawa di dunia ini, lelaki cuma hanya ada kamu seorang sahaja.
Saya kena bukakan mata saya ini untuk orang lain.
Paling penting saya perlukan untuk ruang dihati saya untuk seseorang yang lain jugak.
Saya kena belajar menghargai.

Kata teman saya,
Saya perlu lupakan orang itu sekiranya dia tidak tahu menghargai saya.
Saya tahu. Kamu bukan tidak menghargai saya.
Cuma kamu tiada apa-apa perasaan pada saya,
Sebab itu kamu tidak ambil kisah tentang kewujudan saya.

Kamu,
Maafkan saya sekiranya suatu hari nanti saya tidak mampu teruskan memendam rasa ini untuk kamu.
Saya tak nak terus berharap kerana saya bimbang saya akan terus kecewa.
Tapi sebelum saya jadi begitu.
Saya harap kamu akan mengetahui, betapa pentingnya kamu dalam hidup saya.
Cuma saya harap saya masih bisa untuk terus mendengar nyanyian kamu kerana dengan cara itu sahaja ia dapat mengubati rasa rindu ini.

Kamu. Kamu dan kamu.
Semoga kamu menemui kebahagiaan kamu.
Semoga sahaja saya juga terus tabah dan menemui kebahagiaan saya itu.
Saya pasti mendoakan kamu dan dia. 


P/S 1 : UNTUK SEMUA YANG MEMBACA

bila cinta putus di tengah jalan usahlah bermuram menyakiti diri sendiri..bangkitlah dan mulakan cinta baru..kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti..usah mengharap pada yaNG tak pasti..usah merayu pada yang tak sudi..cinta pertama atau seterusnya tak semestinya yang terbaik..setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri..janganlah terus terikat pada yang sudah pergi..smgt2...life must go on...




p/s 2 : SHARING IS CARING


::::: WASSALAM :::::

Tuesday, December 13, 2011

KEAGUNGAN HATI

:::::: ASSALAMUALAIKUM ::::::



1.Luangkan masa selama 10 minit dan carilah satu ataupun dua orang yang pernah menyakiti hati kita yang sehingga kini sukar kita melupakanya

2. Apakah sebab utama yang menyebabkan saya begitu marah kepada individu itu? Adakah kemarahan dan dendam saya setimpal dengan perbuatannya kepada saya.

3. Adakah gunanya kemarahan saya hingga hari ini pada individu itu walaupun saya sudah memutuskan perhubungan dengannya sama sekali?

4.Sebelum terlambat dan tanpa menunggu dia memulakan hubungan untuk bercakap, bersediakah saya sekarang juga menghubungi individu itu bagi sekadar bertanyakan khabar dan berbual bertanyakan khabar dan berbual-bual? Mengambil inisiatif menghubungi individu itu bukan beerti kita kalah, tetapi menunjukkan jiwa kita besar.

5. Adakah seseorang yang mungkin dapat saya jadikan perantara untuk kembali berhubungan dengan individu   itu?

6. Mahukah saya memaafkannya serta mendoakannya walaupun perbuatanya benar-benar menghiris perasaan saya? Perlu diingat, pembalasan adalah hak Tuhan, bukan hak manusia…


::::: WASSALAM ::::::


p/s : SHARING IS CARING

Monday, December 12, 2011

" PENSIL DAN PEMADAM "


::::: ASSALAMUALAIKUM ::::::::


Tuliskan RANCANGANMU dgn PENSIL..
Kemudian serahkan PEMADAMNYA kpd ALLAH..
Izinkan Allah memadam bahagian yang BUKAN ditakdirkan untukmu,
Dan MENGGANTIKANNYA dgn rancangan yg lebih BAIK..
Kerana DIA lebih mengetahui apa yg terbaik unk hambaNya..
InsyaAllah, amin ya Allah..



:::::seterusnya::::hayati::::::::




Pensil        : “Maafkan aku pemadam…”

Pemadam  : “Maaf apa Pensil?? Kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan apapun kepadaku…”

Pensil        : “Aku minta maaf kerana aku selalu membuatmu terluka. Setiap kali aku melakukan kesalahan,    kamu selalu berada disana untuk menghapusnya. Namun setiap kali kamu membuat kesalahanku terhapus, kamu kehilangan sebahagian dari dirimu. Kamu akan menjadi semakin kecil dan kecil setiap masa…”


Pemadam : “Perkara itu memang benar…Namun aku sama sekali tidak merasa keberatan. Kau lihat, aku memang tercipta untuk melakukan hal itu. Diriku tercipta untuk selalu membantumu setiap saat kau melakukan kesalahan. Walaupun suatu hari, aku tahu bahawa aku akan pergi dan kau akan mengganti diriku dengan yang baru.Aku sungguh bahagia dengan perananku. Jadi kau tak perlu khuatir. Aku tidak suka melihat dirimu bersedih…”


 ::::::Apa kena mengena pemadam dan pensil dengan kita?::::::


Pemadam adalah ibu bapa kita…
Pensil adalah diri kita sendiri….

Orang tua akan selalu ada untuk anak-anaknya…Untuk memperbaiki kesalahan anak-anaknya…

Namun kadang-kadang, seiring dengan perubahan masa …
Orang tua akan terluka dan akan menjadi semakin kecil…(Bertambah tua dan akhirnya meninggal).

Walaupun anak-anak mereka pada akhirnya akan menemui seseorang yang baru (Suami,isteri,anak dan keluarga mertua).

Namun ibu bapa tetap merasa bahagia atas apa yang mereka lakukan terhadap anak-anaknya dan akan selalu merasa tidak suka bila melihat buah hati tercinta mereka berasa sedih.

“Hingga masa ini…

Saya masih menjadi Si Pensil…
Perkara ini sangat menyakitkan diri saya…
Melihat “pemadam” atau ibu bapa saya semakin bertambah “Kecil” dan “Kecil” seiring dengan perjalanan waktu.

Kelak suatu hari…
Yang tertinggal hanyalah “habuk” si pemadam
Segala kenangan yang pernah saya lalui dan miliki bersama mereka…”


:::::: WASSALAM ::::


P/S : SHARING IS CARING

cara pemakanan rasululullah

::: ASSALAMUALAIKUM :::

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,
keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kit a ikut diet ini kawan2. 

tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.

SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

``````````````````````````

Nampak memanglah pelik..

tapi, kalau tak percaya...

kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.

Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.

Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime

Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Cara Rasulullah Makan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. 

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Sama2lah kita mengamalka

::: WASSALAM :::



P/S : SHARING IS CARING

Sunday, December 11, 2011

REMEMBER JUST REMEMBER

::::: ASSALAMUALAIKUM ::::


When things are down
And you are out of your mind
Remember just remember
Allah is always Kind

When your life is in darkness
And nothing is right
Remember just remember
Through the darkness, Allah is The Light


When nothing makes sense
And you are heading for demise
Remember just remember
It doesn’t make sense, but Allah is The Wise

When times are troubled
And no one seems to care
Remember just remember
Allah won’t hurt, He is The Fair





When your heart is breaking
And your pain makes you fall
Remember just remember
Allah Sees it all


When you are weak
And the road seems long
Remember just remember
Seek strength from The Strong

When life is a burden
And everything is unstable
Remember just remember
Allah is The Able

When the way is cloudy
And there is no one by your side
Remember just remember
Allah is The Only Guide

When no one wants to listen
Or is willing to lend an ear
Remember just remember
Allah is always ready to Hear

When you are poor and penniless
And you are stuck in a niche
Remember just remember
Allah is The Rich

When you are down in your misery
And there is nowhere to run
Remember just remember
You can always run to The One

And when your scars are hurting
And your heart is in fear
Remember just remember
Allah is really here!


::: WASSALAM :::

BOLEH AKU TANYA ??



 ::::: ASSALAMUALAIKUM :::




Kamu.. boleh aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?

Kamu.. boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu..

Kamu.. boleh aku bertanya lagi..?

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?

Kamu.. boleh aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu bidadari hati ku..

Kamu.. boleh aku bertanya?


Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? Kamu...


P/S : segala pertanyaan, perceritaan diatas hanyalah persoalan hati seorang insan, saya hanya ingin berkongsi bahawa hidup ini memang terlalu banyak dugaan berhenti untuk mencapai sesuatu yang kita tidak akan miliki,,mohon kepadaNYA agar hidup ini sentiasa diredhai..saya juga hanya insan biasa yang hanya mampu berserah agar Allah memberikan yang terbaik unntuk saya




:::: WASSALAM ::::

::: BERHENTI MENGHARAP :::



Apabila kita mengharap dan hasilnya positif seperti yang kita harapkan, itu satu petanda yang baik. Tapi apabila kita mengharap dan hasilnya tidak seperti yang kita harapkan dan luar dari jangkaan kita. 
Apa perasaan kita ketika itu? 
Itulah mengharapkan sesuatu yang belum pasti berlaku, besar kemungkinan kita akan kecewa dikemudian hari jika harapan yang kita harapkan tidak seperti yang kita impikan.
 Masa tu perasaan mulalah tak tentu hala, fikiran mula kecelaruan dan termenung panjang memikirkan nasib dan impian besar yang kita impikan sebelum ini. 
Ada yang sanggup melakukan apa saja untuk mengecapi harapan dan tidak akan biakan terkubur begitu saja walaupun seribu tahun menunggu.
 Entah la, sesetengah orang mengatakan takdir, nasib ataupun tiada rezeki atas usaha yang telah kita lakukan dan jangan berhenti mengharapan apa yang kita impikan dan teruskan berusaha untuk mencapainya.


Ini mood entri release tension dan blur untuk diri sendiri. Bangkitlah dari khayalan dan berhenti berharap dan kembali ke realiti. Usahlah menjadi seperti angan-angan Mat Jenin


:::::: WAKE UP :::::::

::: SEMUANYA TIDAK MUDAH :::

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan teriris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari itu bagian dari kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita

... Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari...
Bahwa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita tumbuh besar dan kuat

Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu bagian dari penyucian diri...
Dan ikhlash hanya mengharap ridlo Ilahi

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itu adalah awal dari kesuksesan kita

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya

Tidak MUDAH menghilangkan duka karena kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cobaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyadari itu bagian dari cara Allah menyayangi hambanya...
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya


yaALLAH BERIKAN LAH SAYA KEKUATAN BERDIRI DARI KEJATUHAN, BAGKIT DARI KESULITAN :::SEMUANYA SUDAH TERHENTI DISINI::::
JAUHKANLAH SAYA DARI KESEDIHAN DIATAS KEBAHAGIAAN ORANG LAIN, YAALAH SAYA BERSERAH KEPADAMU,,JAUHKANLAH SAYA DARI KESULITAN HIDUP INI

::AMIN:::

Thursday, December 8, 2011

allhamdullilah NIKMATYA PEMBERIAN ALLAH

ASSALAMUALAIKUM

DUNIA ini terlalu HINA untuk membuat kita MENANGIS. Terlalu MURAH untuk membuat kita BERSEDIH. Terlalu LEMAH untuk membuat kita PUTUS ASA Memang ALLAH tidak menjanjikan Langit itu selalu BIRU, BUNGA itu selalu MEKAR, MENTARI itu selalu BERSINAR TETAPI ketahuilah bahawa ALLAH selalu memberi PELANGI di setiap BADAI, SENYUM di setiap AIR MATA, BERKAH di setiap MUSIBAH, Dan JAWAPAN di setiap DOA ^_^

Hari ini genap sudah saya demam hampir seminggu, tapi tidaklah seteruk mana dan masih mampu untuk terusakan kehidupan didunian ini disamping mengharap redhaNya. Inikah akibat diri saya terlalu mengikutkan perasaan?
Semalam petang saya pergi klinik disebabkan terlalu sakit dan tidak sanggup menahan,,saya tahu semua itu dugaan yang Allah bagi untuk mengugurkan dosa-dosa kecilku.
Saya demam dan mata saya sakit, but bukan sakit mata doktor cakap :
 “ awak sebenarnye bukan sakit mata tetapi awak mengalami masalah di mata iaitu kilang air mata awak luka dan menyebabkan salur air mata bengkak “
Dan mama cakap mata saya ade luka sikit,,merah macam terkoyak tapi tidak teruk pun (^_^). Disini saya belajar “kenapa aku macam ini, tolonglah wahai diri life must go!! Dia tidak hiraukan kau lagi, berubahlah..

kadang2 Allah sembunyikan matahari, lalu Allah turunkan petir dan hujan, puas kita menangis mencari di mana matahari, rupa rupanya Allah nak hadiahkn kite pelangi :) ayat ini membuatkan saya tabah untuk terima segala dugaan walaupun perit untuk ditelan . saya mula untuk memperbaiki diri bagkit dari kesedihan walaupon hati tidak sehebat mana yang penting saya cuba.

Sampai bila saya mahu bersedih diatas kegembiraan orang yang sedang bahagia,,tidak saya tidak akan kalah semata-mata untuk seorang yang tidak pandang diri ini lagi.. hati mama dan ayah saya juga terluka saya tak sanggup macam ini lagi. Sampai bila saya mahu mengharap? Saya akan belajar keluar dari masalah semua ini. Saya hanya perlu waktu.

Saya tidak pernah belajar erti putus asa walaupon ada waktu saya hampir putus asa,, saya berlajar menunggu dengan penuh harapan ternyata saya salah sehingga membinasakan diri .

YaAllah!!!

Saya tidak pandai bermadah terlalu jiwang di FB dan meluahkan rasa kesedihan dan menceritakan hal diri. Cuma yang saya buat adalah menyebarkan kata-kata hikmah kepada rakan-rakan di FB.. mesti rakan2 nampak perubahan saya tiap hari yang termampu saya akan membuat status yang bermanfaat bukan untuk diri tapi untuk semua.
Alhamdullilah apa yang saya lakukan adalah untuk menghilangkan rasa gelisah dihati dan menghilagkan kesepian dan juga menunggu sesuatu dengan melakukan kebaikan.. saya lakukan ini semua untuk Allah dan untuk berubah
antaranya ialah :

Cara senang utk dptkan pahala walaupun slps mati .
--> Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna , anda dpt pahala walau slps mati .
--> Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala .
--> Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala .
--> Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .
--> Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .
--> Kongsi mesej ini kpd orang ramai .
Wlaupun 1 tlong kongsikan kpd org , anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu ^ Sharing is Caring ^ INSYA ALLAH ^

Antara komen yang diberikan :
·          
tq bg info utk generasi Y...rakan muda batu pahat mengalu-alukan info sebegini bkn info yg menghasut org utk membenci sesama umat...
o     

ye..inilah yang saya dapat daripada salah satu komen yang diberikan,, di setiap ilmu yang saya bagi saya akan meletakan perkatan * SHARING IS CARING * bermaksud saya mahu rakan di FB baca dan copy n paste di FB diaorang semua..agar yang lain dapat membacanya juga.

Kadang-kadang apa yang saya berikan ada kaitan dengan diri saya tapi tidaklah menyatakan apa Cuma sekadar kekuatan untuk diri. Seperti..

‎:: kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat ? ::
(-_-) - Mestilah MENANGIS dan TERKILAN
:: sebab......?? ::

(-_-) - Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu
:: dan lepas tu kita BUAT APA ? ::

(-_-) - Tak nak PERCAYA pada dia lagi !
:: macam tu ke ? ::

(-_-) – Mestilah

:: TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT ??? ::
(-_-) - Sebab ?

Dari kerana sebab KECEWA, ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI -HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada MakhlukNya , INDAHKAN ?
JADI jangan sedih sangat , INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita


InsyaAllah ◕‿♥ WALAUPON SAYA SUKE SEDIH2, TAPI SAYA KNE KUAT SEBAB MASA DEPAN LEBIH PENTING DARI MASE SILAM..APA YANG SAYA BELAJAR IALAH MACAM MANE KITE NAK BERUBAH UNTUK MENJADI YANG TERBAIK,,TAK APE BIAR HINA SAYA DIMATA MANUSIA, TAPI SAYA TAK NAK DIHINA DI MATA ALLAH.. ALLAH ALWAYS BY YOUR SIDE....... ~

P/S 1 : Kita tulis bende bende baik, tak semestinya kita baik. TAPI, sekurang kurangnya kita tak tlis bende bende tak baik kan?? Kite cakap bende baik, tak semestinya kita baik..TAPI, sekurg kurgnya kita tak cakap bende bende tak baik kan? Kita buat baik, tak semestinya baik, TAPI sekurang kurangnye kita tak buat bende yang tak baik..~Kalau kite cakap kite baik, konpom kite tak baik~
::Kite bukanla bagus... sangat, tapi insyallah, kite menuju dan berusaha untuk menjadi yang baik:

p/s 2 : call banyak sebab tak mampu text sebab sakit mata