::: ASSALAMUALAIKUM :::
Puisi Cinta :
ini telah ditulis oleh Muzfirah Marha sebagai Guest Author di Tentang Cinta.
Maafkan saya kerana terpaksa memendam rasa ini.
Kamu tahu,
Ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
Tapi saya harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini.
Kamu,
kadang-kadang saya rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura.
Kamu tahu,
Ianya amat sukar untuk tersenyum seolah-olah saya redha dengan semuanya.
Tetapi saya harus terus melawan rasa yang ada dihati ini.
Saya bukan yang sempurna.
Saya juga bukan yang menjadi pilihan utama.
Tapi kamu, saya akan sentiasa ada untuk memastikan kamu bahagia.
Biarpun kehadiran serta kewujudan saya tidak nampak di mata kamu.
Tapi saya senang andai kamu bisa terus tersenyum.
Kamu,
Saya tidak suka melihat kerutan di dahi kamu
Serius, ianya tidak sesuai untuk kamu.
Saya akan runsing bila kamu jadi begitu.
Seandainya saya bisa memberikan senyuman saya di wajah kamu.
Kamu,
Saya harap saya dapat menemui seseorang yang akan buatkan saya lupa tentang kamu.
Kerana kamu juga dah ada pengganti dia.
Saya senang bila kamu boleh kembali tersenyum,
Biarpun yang menjadi punca senyuman kamu adalah seseorang yang lain.
Saya faham dan memahami kenapa kamu memilih dia.
Kerana kehadiran dia lebih bermakna pada kamu.
Seperti kamu menyayangi dia, seperti saya menyayangi kamu.
Bezanya, dia juga menyayangi kamu.
Tapi saya, hanya saya, diri saya, dunia saya.
Yang menyayangi kamu.
Tidak di dunia kamu.
Saya sedih sangat kamu.
Tapi saya tak boleh turutkan hati saya untuk terus bersedih.
Saya kena faham.
Dan saya kena teruskan melangkah agar saya tak terus memikirkan bahawa di dunia ini, lelaki cuma hanya ada kamu seorang sahaja.
Saya kena bukakan mata saya ini untuk orang lain.
Paling penting saya perlukan untuk ruang dihati saya untuk seseorang yang lain jugak.
Saya kena belajar menghargai.
Kata teman saya,
Saya perlu lupakan orang itu sekiranya dia tidak tahu menghargai saya.
Saya tahu. Kamu bukan tidak menghargai saya.
Cuma kamu tiada apa-apa perasaan pada saya,
Sebab itu kamu tidak ambil kisah tentang kewujudan saya.
Kamu,
Maafkan saya sekiranya suatu hari nanti saya tidak mampu teruskan memendam rasa ini untuk kamu.
Saya tak nak terus berharap kerana saya bimbang saya akan terus kecewa.
Tapi sebelum saya jadi begitu.
Saya harap kamu akan mengetahui, betapa pentingnya kamu dalam hidup saya.
Cuma saya harap saya masih bisa untuk terus mendengar nyanyian kamu kerana dengan cara itu sahaja ia dapat mengubati rasa rindu ini.
Kamu. Kamu dan kamu.
Semoga kamu menemui kebahagiaan kamu.
Semoga sahaja saya juga terus tabah dan menemui kebahagiaan saya itu.
Saya pasti mendoakan kamu dan dia.
P/S 1 : UNTUK SEMUA YANG MEMBACA
bila cinta putus di tengah jalan usahlah bermuram menyakiti diri sendiri..bangkitlah dan mulakan cinta baru..kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti..usah mengharap pada yaNG tak pasti..usah merayu pada yang tak sudi..cinta pertama atau seterusnya tak semestinya yang terbaik..setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri..janganlah terus terikat pada yang sudah pergi..smgt2...life must go on...
p/s 2 : SHARING IS CARING
::::: WASSALAM :::::