Friday, February 8, 2013

:::: AGOGO KEK BATIK :::

:::: ASSALAMUALAIKUM ::::


Nilah budak cuti sem yang duduk rumah menghabiskan masa dengan   menghilangkan bosan...mencuba macam2 resepi maklumlah umur semakin meningkat tak lama lagi bergelar isteri pulak....next bergelar nenek,buyot,embah and bla...bla....


Macam orang-orang tua pesan tinggi mana perempuan itu belajar tetap kedapur juga...so tak tahu kenalah ambik tahu baru orang sayang hehehe ceeewaaahhh...

Thanks " DILA" dialah yang mengajar saya wat benda ni,,,masuk kali ni belum sampai 5x pun saya buat kek batik , tapi kali ini saya nak share dengan orang lain pulak.

Banyak-banyak kek, kek batik lah kek yang paling senang nak buat dalam dunia yang sementara ini hehe. kat syurga jangan cerita la mesti lagi indah dan macam makan ada, MasyaAllah,semoga kita dikalangan ahli syurga AMIN....

OK kita sambung...Tak payah susah-susah nak bake, tak payah pakai tepung, bahan-bahan nak buat kek ni pon senang nak dapat dan murah! IA CEPAT...IA SEDAP...IA MURAH..........

(◕‿♥)  AGOGO KEK BATIK  (◕‿♥)



BAHAN-BAHANYA :
1 paket Milo (yang paling kecik tau) @ koko pun boleyy
1 paket biskut marie (dipatah-patah dan di karate kan kepada 4 bahagian) (ekot cita rasa masing2)
1 ketul butter 250g (yang size kecik, kalau beli size besar 500g tu bahagi lah dua)
1/2 tin susu pekat manis (kalau tak kuat manis letak suku je lah, kalau kuat sangat manis boleh lah tuang satu tin tu terus tapi tak digalakkan lah eh, kencing manis karang makan sebab terlampau manis)


CARA-CARANYA BEGINI :

1. Masukkan seketul butter, sepaket milo kecik tu (habiskan je terus bagi licin) dan masukan susu di dalam kuali/periuk anda. Dan kacau laju-laju. Kacau je dengan fokus dan confident, jangan bagi dia berketul ok. Sebab benda alah ni senang sangat nak berketul. So memang kena kacau laju-laju macam kipas dekat syiling pasang nombor 4 (ok dah cukup kelajuan tu) hehehe

2. Pastu, kalau dah tengok dia macam blup!! blup!! blup!! buih menggelegak tu, masukkan biskut marie pulak. Kacau biskut tu bagi semua body body biskut tu dimandikan coklat dengan ... Tutup api.

3. Masuk kan dalam loyang, pastu tekapkan permukaan kek batik tu guna sudu, kasi mampatkan kek tu dan bagi semua biskut tu mendapat tempat dan ruang yang seratanya dan saksama..dan adil huhuhu

4. Rasa-rasa macam dah puas hati kita tengok pun tersenyum ( fuhhh berjaya jugak aku buat) , masuk dalam peti ais. Dalam 4 jam masuk dalam peti ais, boleh keluarkan. Nak semalaman sejuk kan pon boleh

5. Dah siap! Dan boleh lah di makan begitu sahaja.

(◕‿♥) Senang je kan nak buat kek batik ni? Dah lah senang pastu sedap pulak .(◕‿♥)


p/s : 
Next entry saya share RESEPI APAM POLKADOT pulak ye...InsyaAllah.



:::::: WASSALAM :::
اكو هاڽ همبا الله