Friday, April 27, 2012

::: LEMAHNYA AKU ::::

:::: ASSALAMUALAIKUM ::::


Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.



Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian..

P/S :
Seseorang itu...lebih kurang seperti saya hehehehe.....coz saya suka ketawa, bercakap pot pet pot pet,,,bebel memanjag,,al maklumlah berangan nak jadik pakar motivasi ,,suke bg semangat kat org sebab diri akan terasa bersemangat jugak (*___*)v

:::: WASSALAM:::

_LIFEFULLWITHPUZZLE_
=CORATCORET HASVINA=

::: YaAllah!! TAKDIR itu juga boleh berubah dengan DOA ::::

:::: ASSALAMUALAIKUM :::

Assalamualaikum....



Hari ini saya hendak berkongsikan satu info/ilmu pengetahuan kepada anda semua...
Bila baca info ini teringat saya pada seorang hamba Allah yang pernah berkata kepada saya "saya yakin takdir itu boleh diubah kalaw kita berdoa ".

Hari ini saya yakin bahawa apa yang hamba Allah itu katakan/pesan adalah benar kerana :


Bersabda Rasulullah SAW :
 “Tidak ada yang dapat menolak takdir (ketentuan) Allah taala selain doa. Dan Tidak ada yang dapat menambah (memanjang) umur seseorang selain (perbuatan) baik.” (HR Tirmidzi 2065) 

“Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan KUperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-KU akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (QS Al-Mu’min 60)


p/s:
semua sudah tertulis. Tentang jodoh, rezeki, ajal dan maut semua sudah direncana atau dengan nama mudahnya TAKDIR. Namun TAKDIR itu juga boleh berubah dengan DOA 

::::: WASSALAM :::

_LIFEFULLWITHPUZZLE_
BY: nOOR hASvina nORdin