::::: ASSALAMUALAIKUM :::::
Sebelum itu saya ingin memohon maaf jika ia melibatkan perasaan sesiapa , tujuaan saya share adalah untuk peringatan diri sendiri yang banyak kekuranggan dan ingin berkongsi untuk pengetahuan bersama..
Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? Memang itulah hakikatnye kerana, wahai wanita Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu.
Kenapa Wanita Senang Menjadi Fitnah
1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!
6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan teman lelaki di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Syahwat Lelaki
Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.
Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.
Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.
Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.
Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah. Tak takut ke?
Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.
Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel ini kerana terikut perkembangan fesyen sampaikan tak fikir tentang soal aurat.
Penulis lihat sekarang ada jubah wanita yang dijual tapi bila dipakai jubah tu membalut satu badan sampai menampakan susuk tubuh badan pemakai tersebut. Ya Allah bukalah hati jangan pakai ketat-ketat sampai boleh nampak betuk yang tak sepatutnya lelaki nampak.
Wahai kaum adam,
Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu,
Bimbinglah dia,
Kalau silap langkahnya,
Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak,
Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya,
Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu
Lindungi dia dari fitnah dunia.
Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.
Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.. Wallahua’lam
p/s :