Friday, February 8, 2013

:::: AGOGO KEK BATIK :::

:::: ASSALAMUALAIKUM ::::


Nilah budak cuti sem yang duduk rumah menghabiskan masa dengan   menghilangkan bosan...mencuba macam2 resepi maklumlah umur semakin meningkat tak lama lagi bergelar isteri pulak....next bergelar nenek,buyot,embah and bla...bla....


Macam orang-orang tua pesan tinggi mana perempuan itu belajar tetap kedapur juga...so tak tahu kenalah ambik tahu baru orang sayang hehehe ceeewaaahhh...

Thanks " DILA" dialah yang mengajar saya wat benda ni,,,masuk kali ni belum sampai 5x pun saya buat kek batik , tapi kali ini saya nak share dengan orang lain pulak.

Banyak-banyak kek, kek batik lah kek yang paling senang nak buat dalam dunia yang sementara ini hehe. kat syurga jangan cerita la mesti lagi indah dan macam makan ada, MasyaAllah,semoga kita dikalangan ahli syurga AMIN....

OK kita sambung...Tak payah susah-susah nak bake, tak payah pakai tepung, bahan-bahan nak buat kek ni pon senang nak dapat dan murah! IA CEPAT...IA SEDAP...IA MURAH..........

(◕‿♥)  AGOGO KEK BATIK  (◕‿♥)



BAHAN-BAHANYA :
1 paket Milo (yang paling kecik tau) @ koko pun boleyy
1 paket biskut marie (dipatah-patah dan di karate kan kepada 4 bahagian) (ekot cita rasa masing2)
1 ketul butter 250g (yang size kecik, kalau beli size besar 500g tu bahagi lah dua)
1/2 tin susu pekat manis (kalau tak kuat manis letak suku je lah, kalau kuat sangat manis boleh lah tuang satu tin tu terus tapi tak digalakkan lah eh, kencing manis karang makan sebab terlampau manis)


CARA-CARANYA BEGINI :

1. Masukkan seketul butter, sepaket milo kecik tu (habiskan je terus bagi licin) dan masukan susu di dalam kuali/periuk anda. Dan kacau laju-laju. Kacau je dengan fokus dan confident, jangan bagi dia berketul ok. Sebab benda alah ni senang sangat nak berketul. So memang kena kacau laju-laju macam kipas dekat syiling pasang nombor 4 (ok dah cukup kelajuan tu) hehehe

2. Pastu, kalau dah tengok dia macam blup!! blup!! blup!! buih menggelegak tu, masukkan biskut marie pulak. Kacau biskut tu bagi semua body body biskut tu dimandikan coklat dengan ... Tutup api.

3. Masuk kan dalam loyang, pastu tekapkan permukaan kek batik tu guna sudu, kasi mampatkan kek tu dan bagi semua biskut tu mendapat tempat dan ruang yang seratanya dan saksama..dan adil huhuhu

4. Rasa-rasa macam dah puas hati kita tengok pun tersenyum ( fuhhh berjaya jugak aku buat) , masuk dalam peti ais. Dalam 4 jam masuk dalam peti ais, boleh keluarkan. Nak semalaman sejuk kan pon boleh

5. Dah siap! Dan boleh lah di makan begitu sahaja.

(◕‿♥) Senang je kan nak buat kek batik ni? Dah lah senang pastu sedap pulak .(◕‿♥)


p/s : 
Next entry saya share RESEPI APAM POLKADOT pulak ye...InsyaAllah.



:::::: WASSALAM :::
اكو هاڽ همبا الله

Monday, February 4, 2013

::: MANUSIA ??? HASAD DENGKI???? ::::


(◕‿♥) ASSALAMUALAIKUM (◕‿♥)


  "Yang MENDOAKAN itu kurang tetapi yang MENJATUHKAN itu ramai"


"يڠ مندواكن ايت كورڠ تتاڤي يڠ منجاتوهكن ايت راماي"

LIFE FULL WITH PUZZLE 
Bersawang dah blog ni lama tak update...
Alhamdullilah....Allah give me one chance to life again today JazaakAllah....

Semua pernah alami masalah kan???

Dalam kehidupan tidak lari dari pelbagai masalah ,dugaan dan ujian. Ujian yang datang dari pelbagai sudut antaranya didalam perhubungan atau Relationship yang sering diperkata bagi remaja zaman sekarang. Tidak semua manusia suka melihat kita bahagia, dan yang mendoakan yang negative pun ada. Ada yang gelisah melihat kebahagian orang lain dengan itu bermacam-macam ide dan segala brainstorming diciptanya untuk menyakiti hati orang lain . Ada yang sanggup menabur fitnah, mereka cerita dan bersungguh-sungguh mencarik jalan agar hubungan orang lain hancur atau rosak. 

Bukan ke... Orang yang bahagia adalah melihat kebahagiaan orang lain??? Didiklah hati agar redha dengan ketentuan Allah kerana dia maha mengetahui. Manusia hanya merancang Sebaliknya serah pada yang Maha Kuasa.

Antara lain, ditempat belajar pun bergitu juga, yang paling famous ditempat kerja manusia sering ingin mendapatkan yang terbaik dimata manusia sehingga sanggup melakukan apa saja sehingga sanggup menindas orang lain untuk mendapat kepuasan diri. Dengan kata lain "tikam belakang" Siapa kita untuk menindas dan menghukum orang..???? Rezeki Allah dah bagi setiap hambanya. Yang membezakan nya adalah dari segi bentuk rezeki itu... ada yang Allah bagi rezeki sihat dari kesihatan, ada yang mendapat kebahagiaan, dan bersyukurlah wahai manusia
.
**** PADA YANG DITINDAS & sewaktu dengannya...........

Ingatlah SABAR ITU INDAH 

 
Sabar itu sesungguhnya indah....dengan kesabaran menepis segala fitnah, cacian, kedengkian orang yang cuba menjatuhkan maruah kita akan menaikan semangat untuk terus berusaha. Kadangkala rasa sakit itu luar biasa dan ada yang boleh menyebabkan kita berputus asa.

Sabar itu indah namun kita perlukan iman serta takwa terhadap Allah swt. Tanpa iman dan takwal kepada Allah swt amatlah sukar untuk kita menghadapi ujianya kerana ujian itu datang dalam berbagai bentuk. Ada yang mudah dan ada yang sukar. Namun semuanya menambahkan ilmu untuk kita mengenal dunia untuk mencari makna hidup yang sebenar....kata Allah:

“Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar....Mereka yang sabar itu akan diberi dua kali ganda pahala disebabkan kesabaran mereka....”
 (al-Qashash:54)

Apa yang saya nak kongsikan BERDOALAH sesungguhnya doa itu dapat menguatkan semagat kita dan terus yakin. Pada Allah saja tempat untuk kita mengadu,kita buka sesiapa untuk membalas atau meghukum orang. Berdiam lebih baik dari berkata. Kerana saya yakin doa itu meberikan keajaiban kepada saya TAK PERCAYA cuba,try,test. Kadang-kadang saya tak sabar jugak dengan pergai orang yang macam gitu macam gini ni...biasalah manusia kan hehehe. Dalam hati istifar jelah banyak-banyak.


**** Ertinya sabar itu, perlukan hati dan jiwa yang kental untuk menghadapi segala ujian seperti ini. Kadang-kadang ianya menyakitkan hati dan boleh menyebabkan kita jadi marah. 

****Sabar juga akan membuatkan kita bahagia bila semua yang kita perjuangkan mencapai hasilnya. Kita tersenyum melihat hasilnya ALLAHUAKBAR!!!! berbaloi-baloi hehehe..

.
****Sabar adalah cermin keperibadian seseorang, ianya melambangkan kekuatan jiwa menempuh semua masalah yang kita hadapi

Peringatan untuk diri sendiri jugak Wallahualam


"Jangan gusar jika ada yang menzalimi kita kerana tiada hakim sebaik ALLAH "

(◕‿♥) with my cute frend Ain(red) (◕‿♥)


:::: WASSALAM :::::

::: MY BIRTHDAY 2012::::

::::: ASSALAMUALAIKUM :::::

DATE : 20.12.1990 UNTILL 20.12.20.12 

"ALHAMDULLILAH"

TANPA MAMA & AYAH TIDAK UJUDNYA AKU DIMUKA BUMI INI


Ya Allah Ya Tuhanku..Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti sebegini...aku ingin sekali lagi menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia sebegini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini agar sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim... Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.
 
Dibawah ini sebahagian picture yang membuktikan kawan-kawan saya BANG!!! saya
thank a lot RINA, DILA, KAK AIREEN, HAZIRA, AIN, SHIDA ,QILA, NINI, EMA , IDA
sebab wat suprise even BARU BALIK CLASS.....
 
LOCATION : TAMAN TASIK SHAH ALAM
 
 












p/s : 
 "Semakin Hari, Semakin Dekat Langkah Kita Menuju Ketetapan Itu"....Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah...