Thursday, November 27, 2014

::: B!rtHdAy My wONderful HusbanD :::

:::: ASSALAMUALAIKUM :::::



surprise!!!!!!


yOu are the bEst hubby in the world, Life with you is awesome Every day feels so good and new. So a wonderful thank you, Wish you a very HAPPY BIRTHDaY Mohamad Afiq!!! adD SWEET 24. (27.11.2014).


















Saturday, August 23, 2014

::: SAVE THE DATE :::::

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.


"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21)

Bismillahirrahmanirrahim, 
Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, saya sangat berbesar hati untuk menjemput abg/kakak/adik/sahabat dan kawan2 semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan saya,
 
NOOR HASVINA BINTI NORDIN & MOHAMAD AFIQ BIN HJ MABSAH
 
Pada:
13 SEPTEMBER 2014 bersamaan 18 ZULKAEDAH 1435 H







Semoga dengan kehadiran dan doa daripada kalian akan menambah seri dan berkat majlis yang akan berlangsung nanti..

Tuesday, March 11, 2014

::: APAM LADYBIRD :::

:::: ASSALAMUALAIKUM ::::


Dah lama rasa tak update blog ni,,,next entry ni saya nak share cara-cara buat apam ladybird coz saya suka ladybird biasa orang panggil apam polkadot coz orang wat dot dot .

Resepi ini saya dapatkan dari housemate (kak Aireen ) time study degree di UiTM Shah Alam last year...and satu rumah ( zyera, rina, nini, qila, shida, ema, dila, kak aireen )buat taw tapi time tu kami design dot-dot "design katanyaaa...hehe" kali ni saya buat sendiri la.....excited ladybird



::BAHAN-BAHAN::
 

  • - 3 biji telur
  • - 275 grm tepung gandum
  • - 220 grm gula halus (kalau takde gula halus, gula kasar pun boleh tapi kene kisar la bagi halus)
  • - 150 ml susu segar/susu cair
  • - 3 sudu teh baking powder
  • - 1 sudu kecil ovalette (warna oren)
  • - 1 sudu kecil esen vanila
  • - filling (jem strawberry/blueberry)
 
 
:::CARA-CARA:::


  • - Masukkan telur dan gula dalam mixer (guna kudrat tanggan pun boleh hehe) ---> pukul sehingga kembang dan putih
  • - Campur susu, tepung, baking powder then ovalette
  • - Campur esen vanila then mix lagi...
  • - Bahagikan adunan kemudian titiskan pewarna mengikut kesukaan..
Masuk dalam piping bag

  • -  Kemudia picitkan ke dalam mangkuk kertas sedikit sahaja 

  • Lapisan seterusnya picitkan jem kesukaan anda ( jangan terlalu banyak kerana adunan akan menjadi berat dan tidak kembang )
  • Lapiskan lagi sekali adunan berwarna merah bagi menutup jem tersebut 
  • - Dot2 kan ( buat bentuk lady bird ) dengan warna pilihan dan kukus dengan api kecil selama 10-15 minit
  • Hasil bentuk ladybird (mengikut kretiviti anda)
    Hasil setelah dikukus dan sedia dihidangkan
EXTRA KNOWLEDGE !!!!

Sebelum tu kena la tahu gak macam mana nak bagi kuih apam ni supaya gebu dan naik cantik bila dikukus...
 
1. Ayak Tepung Gandum dan baking powder dua kali, ini bagi memerangkap udara serta meratakan baking powder di dalam tepung gandum, hasilnya adunan akan mudah sebati dan apam menjadi gebu.
 
 2. Pastikan memukul telur dahulu hingga berbuih, lebih kurang seminit, baru masukkan gula, ( kalau guna gula pasir, pastikan blender halus dahulu). 
 
3. Setelah masukkan gula di dalam telur, pukul sehingga betul-betul putih dan kembang, masa lebih kurang 10 minit ke 15 minit.
 
 4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang seli dengan susu segar, dan sebatikan menggunakan spatula atau senduk kayu. 
 
5. Biarkan adunan ( perap adunan) lebih kurang 30 minit baru diwarnakan. 
 
6. Kukus adunan dengan api sederhana, bagi mengelakkan permukaan apam polkadot mekar ( pecah) di tengahnye.




SELAMAT MENCUBA !!!!!!!
Dari Dapur Cik Hasvina



Monday, December 23, 2013

"A LITTLE BIT OF EVERYTHING "

:::: ASSALAMUALAIKUM :::::

My Engagement Story

" Bukan BAHAGIA yang menjadikan kita BERSYUKUR 
tetapi
dengan BERSYUKUR akan menjadikan hidup kita BAHAGIA "

Berkenalan

Perkenalan yang tidak diduga....Nak di jadikan cerita kami berjumpa di Harris Bookstore Jusco Tebrau City  ha skema kan......pertemuan pertama dikedai buku okey lah pertemuan di tempat yang baik-baik Alhamdulillah,,, next ada lagi ceritanya tapi biarlah menjadi kenangan manis untuk saya dan dia..sampai sekarang memang tak dapat lupa... but my fiance very brutal beb.......and sempoi...

Fasa Serius

Perkenalan kami tak lama seperti bertahun-tahun lamanya,,, perkenalan yang singkat untuk mengenal hati budi masing-masing. Awal perkenalan saya terus je bagi tahu mama and ayah,,dan dia datang kerumah dengan jiwa yang kental CONTROL MACHO hahahaha...dari situ saya nampak dia ikhlas berkawan dengan saya,,,hari demi hari dia mula perkenalkan saya kepada keluarganya, satu persatu saya  kenal.... 

*dugaan dari anasir luar memang banyak tapi Alhamdullilah Allah maha mendengar dan mengasihani hambanya

"Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Apa yang penah terjadi adalah anugerah, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Segala kejadian telah ditentukan. Kita hanya merancang, tuhan yang menetukan."


Alhamdullilah perkenalan kami dipermudahkan dengan restu keluarga masing-masing,,, yelah saya hanya gadis kampung tak  berharta  lagikan rupa ... tapi syukur kerana kekurangan itu saya dapat melihat keikhlasan dia untuk menerima saya dan keluargalah banyak memberi kami semangat.

Saya terima dia seadanya tak terucap dan tak terlafaz perasaan tu,,, kelebihan pada dirinya saya anggap ia sebagai satu anugerah,,, dan kekurangannya menjadikan saya lebih kuat untuk melengkapi antara satu sama lain.

Dari situ lah dia mula menunjukan sifat bersungguh-sungguhnya terhadap masa depan dari A-Z fuhhh dia jelah yang plan kalah mak joyah...saya tersenyum syukur (andai dihadapku ini jodohku YaALLAH kau permudahkanlah) 

Family dia datang kerumah dan mula berbincang mengenai hubungan kami, Allah adalah sebaik-baik perancang.
Mama, mak & akak my fiance

Bertunang

Advance planning,
Tanpa melamar dengan bunga melutut-lutut taw, dia terus bagi tarikh 15.12.2013..
Punya cool dan tanpa bersalah pulak tu tup-tup bagi tarikh menjengkelkan je dia ni,, memang suka buat sesuatu on time.....suprise sangat ye SAYANG!!!!

Only 2weeks untuk buat persiapan Allah sahaja yang tahu.....kelam kabut.
Semua orang cakap saya relax je,,,peraggai pun masih budak-budak... Alah memang saya macam ni hohoho tengok lah laki saya... 2x5 slumber.

" Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita.

Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha."
Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan.
Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah.
Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkannya agar berusaha.
Ingatlah! Jodoh di tangan Allah tetapi kita perlu berusahalah dahulu mencarinya kerana disamping keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.
Jika ada pilihan sendiri maka rebutlah restu dan keredhaan keluarga.
Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak ‘azali lagi.
Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh,
Namun begitu seringkali menyalahkan takdir andai tiada jodoh
setiap orang telah ditetapkan jodoh, tetapi kita perlu berusaha dengan mencari yang terbaik..



15.12.2013
SUNDAY
MY ENGAGEMENT DAY
ASVINA & AFIQ



Saat ini bergelarlah saya sebagai tunang kepada Mohamad Afiq
Saat ini juga saya menjawap apa yang awak tanya "saya terima awak atau tidak?"

Welcome to my family , Introducing my fiance : Mohamad Afiq Bin Mabsah


Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya

 New Family

 TO MY FIANCE:

sayang I LOVE YOU SO MUCH
Terima kasih untuk semua ini,,terima kasih terima kekurangan diri ini
Saya terima awak dengan seadanya,,bimbing saya mengejar Jannah
Jadikanlah saya yang halal untuk awak
Doakan ikatan kita hingga ke Syurga 
Saya nak awak sentiasa ada disisi saya susah dan senang
Jangan putus doa dan sujud pada yang Kuasa itulah cara awak buktikan cinta awak kepada saya
Cukuplah awak menjadi pelengkap hidup saya, menjadi tempat saya berlindung dan merasa kasih dan sayang awak.

Terima kasih kepada kelurga awak kerana menerima saya seadanya,, saya sayang keluarga awak macam keluarga saya sendiri.

Cukuplah awak yang terakhir untuk saya,,
Saya tak pandai nak berjiwang dan ber sweet2 sepanjang perkenalan kita,
 InsyaAllah saya hanya menjadi yang manja dan sweet setelah menjadi yang halal untuk awak.
Saya yakin Allah maha mendengar setiap doa saya, nama didalam doa itu adalah pilihan untuk menadi imam saya.
Izinkanlah saya menjadi yang terakhir untuk awak walaupun saya tahu ,saya bukan yang pertama.
Terima kasih untuk segalanya sayang
Terima kasih untuk hadiah yang terbesar ini semperna ulang tahun kelahiran saya yang ke 23.

Dear Fiance.....
Ramai orang cakap muka kita sama Alhamdullilah moga jodoh panjang,,,
tapi mungkin part hidung kot hahahahahaha
selama kita kenal saya suka sangat merajuk macam awak cakap muncung boleh buat sangkot baju...
everything from my mistake saya harap awak maafkan ye....

Walaupun my fiance seorang yang tegas tapi dia penyayang... degil pun ada jugak
putera bongsu biasa memag manja so puteri sulong kena lah sabar melayan kerenah dia ni....
yang amat menjengkelkan hahahaha.

Awak saya tidak dapat menjadi yang terbaik kerana saya terlalu banyak kekurangan
Tapi InsyaALLAH saya akan jadi yang paling ikhlas untuk awak...
saya tidak dapat menjadi yang terbaik kerana ia akan memaksa saya untuk berpura-pura
tapi bila saya menjadi yang paling ikhlas mengajar saya untuk bersederhana dalam kehidupan.



My flowers gilz thks for coming love you all
EMA. ZIRA & DILA


Rombongan pak seman dari Kota ke Batu Pahat


Doa 
“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

::::WASSALAM:::

Thursday, October 31, 2013

::: APA ITU MUSIBAH ??? ::::

:::: ASSALAMUALAIKUM :::::



Setiap hamba Allah sering didatangi ujian a.k.a musibah....bila dengar je MUSIBAH,,,,Ia seolah-olah sesuatu yang cukup menakutkan pada diri setiap orang ....

So saya just nak share apa yang saya dapat mengenai MUSIBAH (O.0)V





Setiap musibah itu datangnya daripada Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana Dia CINTAkan kita. Dikatakan bahawa, Allah swt kasih kepada seorang manusia, 70 kali ganda melebihi daripada kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Seandainya benar Allah swt kasih dan sayang kepada kita, sudah tentu di sebalik setiap musibah, ada tersimpan satu hikmah. Tiada siapa yang mengetahuinya, melainkan Allah swt. Namun apa yang pasti, setiap hikmah itu sangat berkait rapat dengan dasar CINTA Nya terhadap kita.

Hikmah #1: Allah swt sangat rindu pada kita. Dan Dia mahu kita lebih dekat denganNya.

Adakalanya kita ter”lemas” dengan urusan dunia. Kesibukan menyebabkan kita lalai daripada mengingatiNya. Solat kita penuh dengan dunia. Zikir kita penuh dengan dunia. Sedekah kita juga kerana dunia. Sehingga tiada saat, terdetik di dalam hati kita untuk mengingatiNya. Kalau ada pun, hanya sedikit sahaja..Sehingga boleh dibilang dengan jari jemari sahaja.

Kerana Allah swt sangat SAYANG pada kita, kerana Allah swt sangat CINTA kepada kita, maka Dia tidak sanggup melihat kita terus lemas di dalam dunia. Lantas, dengan kasih sayangNya, Dia terus menarik kita. Bukan untuk merosakkan kita, tetapi untuk menyelamatkan kita.

Salah satu caranya ialah, dengan memberikan kita musibah. Apabila ditimpa musibah, kebiasaannya, manusia akan mula mengingati Allah swt. Manusia akan cuba mencari peluang agar selalu dekat denganNya. Manusia akan mula menambahkan doanya. Manusia akan mula menambahkan amalnya. Solatnya tidak lagi leka..Zikirnya tidak lagi leka..Khusyu’ dan khudu’ mula menemani dalam setiap ibadahnya.

Nah!..Inilah yang Allah swt mahukan. Dia sangat rindu mendengar suara hambaNya. Kerana Dia sangat suka mendengar zikir hambaNya, Dia sangat suka mendengar bacaan Al Quran daripada hambaNya. Dia juga sangat suka apabila hambanya menadahkan tangan di dalam tahajudnya, meminta-minta, merintih, merayu, dan menangis di hadapanNya.

Hikmah #2: Allah swt ingin menghapuskan dosa-dosa kita.

Allah swt itu jauh sekali daripada sifat zalim. Allah swt tidak pernah akan menzalimi hamba-hamba yang dicintaiNya. Sedangkan, manusia lah yang menzalimi dirinya sendiri. Manusia menzalimi dirinya sendiri dengan mengingkari perintah-perintah Allah swt. Allah swt perintahkan solat, bukan kerana mahu membebankan manusia. Sedangkan Allah swt memerintahkan solat kerana CINTANya pada manusia. Allah swt perintahkan agar kita menutup aurat, juga kerana Dia cintakan kita. Allah swt perintahkan kita menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita, juga kerana cintaNya pada kita.


Setiap syariat Allah swt itu adalah kerana cintaNya Dia pada kita. Apabila setiap syariat diikuti, ia akan membuahkan hasil dan manfaatnya untuk manusia. Apabila seorang wanita menjaga auratnya, maka dia tidak akan menjadi punca yang menaikkan nafsu berahi lelaki, dan dia juga akan terselamat daripada zina . Apabila seorang lelaki menundukkan pandangannya pada wanita dan wanita juga membuat perkara yang sama, maka tidak akan ada suami atau isteri yang curang kepada pasangannya.

Apabila manusia mula meninggalkan syariat, maka dia akan menzalimi dirinya sendiri dan orang lain. Adakalanya, kita tidak perasan akan perkara-perkara ini. Maka, Allah swt berikan kita sedikit musibah, agar kita kembali muhasabah diri dan membuat koreksi atas setiap kesilapan kita. Perbanyakkanlah taubat dan istighfar, agar Allah swt menjadikan musibah ini sebagai kaffarah kepada dosa-dosa kita. Harapan kita semoga, bila dosa-dosa ini sudah terampun sebelum kita mati, maka di akhirat nanti ia tidak akan disebut lagi di mahkamah ahkamul haakimin.



Hikmah #3: Allah swt ingin menambahkan pahala kita

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda:

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda; “Wahai anak Adam! Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu daripada dirimu) dan engkau harapkan pahala, maka Aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah daripada syurga.”(HR Ibnu Majah)

Kasihnya Allah swt kepada kita. Jika kita dapat bersabar dengan musibah yang diberikan olehnya, maka Allah swt akan mengganjari kita dengan SYURGA! MasyaAllah!!!

Pelajarilah sabar daripada kisah Nabi Ayyub a.s. Allah swt telah matikan anak-anaknya..tetapi baginda masih bersabar. Allah swt telah hancurkan harta bendanya..namun baginda masih bersabar. Allah swt telah uji dengan penyakit..tetapi baginda masih boleh bersabar. Allah swt uji dengan kejian dan cemuhan masyarakat, tetapi baginda masih bersabar. Dan akhir sekali, isteri yang dicintainya juga turut pergi meninggalkannya..tetapi baginda masih lagi bersabar.

Namun, kerana kesabaran baginda, selepas daripada semua musibah itu, Allah swt telah mengurniakannya harta yang melimpah ruah. Allah swt telah memberikan anak-anak yang ramai dan isteri yang solehah. Nabi Ayub a.s telah membuktikan CINTAnya kepada Allah swt. Dalam keadaan susah mahupun senang, baginda tetap setia dengan CINTAnya kepada Allah swt.

Jika hendak dibandingkan musibah yang Allah swt berikan kepada kita dengan musibah yang Allah berikan kepada Nabi Ayub a.s, apalah sangat musibah yang sedang kita alami. Seharusnya, musibah ini akan membuatkan kita lebih sedar akan CINTAnya Allah swt kepada kita dan kita sebagai hambaNya, lebih-lebih lagi wajib mencintaiNya.

Hikmah #4: Allah swt ingin meningkatkan iman kita kepadaNya

Iman itu adalah yakin. Yakin dengan sepenuh hati bahawa hanyalah Allah swt Tuhan yang layak disembah. Yakin dengan sepenuh hati bahawa hanya Allah swt tempat meminta pertolongan. Sebagaimana yang sering kita baca di dalam solat kita;

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah Al Fatihah: 5)

Seandainya kita benar-benar yakin dengan janji-janji pertolongan Allah swt, apabila ditimpa sebarang musibah, maka kita akan meningkatkan usaha untuk beramal dengan amalan-amalan yang ada janji-janji Allah.

Seperti dengan solat, Allah swt janjikan pertolongan (Al Baqarah:45). Orang yang bersolat tidak akan menjadi orang yang berdukacita (Al Baqarah:277). Dengan menjaga solat, Allah swt janjikan kemurahan rezeki (Taha:132). Dengan khusyu dalam solat, Allah janjikan kejayaan.(Al Mukminun:1-2)



Apabila ditimpa musibah, dekatkanlah diri dengan Allah swt sebanyak mungkin. Banyakkan istighfar. Usahakan agar solat dikerjakan dengan penuh khusyu’ dan khudu’. Banyakkan berzikir kerana dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang. Berzikirlah dengan penuh tawajuh dan sungguh-sungguh, nescaya Allah swt akan memberikan kekuatan kepada hati. Dan yang terakhir sekali, banyakkanlah berdoa. Terutamanya, pada waktu-waktu doa paling mustajab seperti di bahagian akhir malam. InsyaAllah, sedikit demi sedikit, Allah swt akan tunjukkan jalan keluar dan selesaikan masalah tersebut.

Apabila seorang mukmin mengaku bahawa dia beriman kepada Allah swt, maka pasti dan pasti imannya akan diuji. Dan apabila seorang mukmin BERJAYA melepasi ujian tersebut, maka Allah swt akan naikkan darjatnya. Imannya akan meningkat. Yakinnya pada janji-janji Allah swt akan meningkat. Justeru, amalnya juga akan turut meningkat. Dan Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan menzahirkan kenikmatannnya yang mencurah-curah. Allah swt akan berikan kepadanya nikmat ketenangan dan kebahagian yang lebih indah daripada kehidupan sebelum musibah tadi.

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Al Insyirah: 5-6)

MasyaAllah! Indahnya CINTA Allah swt…Kita makhluk yang sangat lemah, sangat tidak mengerti apakah hikmah di sebalik setiap musibah. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahuinya. Hakikatnya, Allah swt sentiasa menentukan apa yang TERBAIK buat kita kerana Dia sangat-sangat CINTA pada kita…





Corat-coret:

wahhhhh nampak tak bertapa sayangNya ALLAH SWT kepada kita,,,dia bagi duka tetapi Dia sebenarnya bagi kita pahala and ganjaran bila kita hadapi ujianNya
sebenarnya semua orang sama sahaja tidak ada yang terlepas dari ujian hidup ..


:::: WASSALAM :::




 

Monday, October 21, 2013

Doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak disukai

:::: ASSALAMUALAIKUM :::


"Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya."

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah. Kedua-duanya baik. Bersungguhlah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu. Minta tolonglah kepada Allah dan jangan lemah.

Apabila kamu ditimpa sesuatu kesusahan, jangan berkata: 'Seandainya aku berbuat begini..dan begitu..' tapi berkatalah: 'Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya'. Sesungguhnya perkataan 'Kalau/seandainya' akan membuka pintu bagi gangguan syaitan".
 
 
:::: WASSAAM ::::

MenZiaRaHI iTu SUNNAH


::: ASSALAMUALAIKUM :::::

 

Melawat orang sakit dan menziarahi kawan-kawan bukanlah sekadar tanggungjawab sosial bahkan ia merupakan satu sunnah. Maka marilah kita niatkannya sebagai sunnah!

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Sesiapa yang melawat orang yang sakit dan menziarahi saudaranya kerana Allah, terdapat malaikat yang menyeru dan berkata, "Bagus dan bagus juga perjalananmu, kamu telah menempah tempat di dalam syurga."

(Riwayat at-Tirmizi)




SubhanaAllah kuasa Allah Shidah tidak mengalami kecederaan yang teruk walaupun kereta dia terbalik dan mengalami kemalangan yang teruk mungkin dugaan Aidiladha



Alhamdulillah shidah boleh lagi tersenyum...




with Bella, shidah, musfirah, leha and Nazrul




p/s : 
Shidah tak mau nangis-nangis ye moga cepat sembuh and lebih berhati-hati lepas ni... sahabat selamaNya InsyaAllah


::::: WASSALAM :::